AGENDA

Bantuan yang masuk ke Gaza kurang 1 peratus daripada keperluan penduduk - Hamas

25 Mei 2025, 2:53 AM
Bantuan yang masuk ke Gaza kurang 1 peratus daripada keperluan penduduk - Hamas

GAZA, 25 MEI: Pejabat Media Kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas pada Sabtu memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza setakat ini hanya merangkumi kurang daripada satu peratus keperluan asas penduduknya, lapor Xinhua.

“Sepanjang 84 hari sekatan dan penutupan, sekurang-kurangnya 46,200 buah trak yang membawa bantuan dan bahan api sepatutnya dibenarkan masuk ke Gaza bagi memenuhi keperluan minimum penduduk.

“Namun dalam beberapa hari kebelakangan ini, pihak penjajah (Israel) menyebarkan naratif mengelirukan kononnya mereka membenarkan kemasukan ‘bantuan’, sedangkan hakikatnya hanya kira-kira 100 buah trak yang benar-benar masuk, iaitu kurang daripada satu peratus daripada keperluan asas penduduk,” menurut kenyataan pejabat itu.

Pejabat itu turut memaklumkan bahawa bantuan yang dihantar hanya merangkumi sejumlah kecil ubat-ubatan dan tepung gandum yang sampai ke beberapa kedai roti, pada ketika penjajah masih menyekat operasi lebih 90 peratus kedai roti di Gaza.

Israel sebelum ini bersetuju untuk menarik balik sekatan yang berlangsung hampir tiga bulan dan membenarkan kemasukan bantuan terhad ke wilayah terkepung itu.

Namun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat berkata “bantuan yang diluluskan setakat ini hanyalah ibarat satu sudu air berbanding limpahan bantuan yang amat diperlukan.”

- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619