AGENSI

LZS agih lebih RM50 juta kepada mualaf, babit 4,400 keluarga

24 Mei 2025, 6:02 AM
LZS agih lebih RM50 juta kepada mualaf, babit 4,400 keluarga

SHAH ALAM, 24 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan dana zakat sejumlah RM50.3 juta khusus kepada mualaf berdaftar sepanjang tahun lalu.

LZS memaklumkan penerima membabitkan 4,400 keluarga asnaf mualaf yang menerima manfaat daripada 30 program bantuan yang memfokuskan pendidikan, kebajikan, kerohanian, ekonomi, dan perlindungan.

Antara bantuan utama adalah:

  • Elaun kehadiran kelas agama asas: RM16.3 juta
  • Bantuan kewangan bulanan: RM9 juta
  • Bantuan sewa rumah: RM6.2 juta
  • Program pembangunan insan: RM1.2 juta
  • Pengurusan pusat perlindungan mualaf: RM1.5 juta

“Terima kasih buat para pembayar zakat. Dengan kasih dan sokongan anda, kita bersama meringankan beban dan menyemai harapan baru buat saudara baharu kita,” katanya menerusi Facebook.

Umat Islam yang ingin melaksanakan ibadat zakat boleh menyalurkan wang zakat masing-masing menerusi pautan berikut https://fpx.zakatselangor.com.my

Bulan lalu, LZS mengumumkan kutipan zakat sebanyak RM1.22 bilion sepanjang tahun lalu, tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM1.19 bilion diagihkan kepada lebih 370,000 asnaf di seluruh Selangor setakat Disember tahun lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619