AGENDA

Perancis kesan empat kes Covid-19 varian baharu buat kali pertama

24 Mei 2025, 4:20 AM
Perancis kesan empat kes Covid-19 varian baharu buat kali pertama

ISTANBUL, 24 MEI: Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi.

Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.

“Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes—tidak banyak—empat kes telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti,” kata ahli virologi, Bruno Lina.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan bahawa sehingga April lalu, beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa bahagian Asia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit yang lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619