AGENDA

Op Dadu: Polis berkas 11 lelaki terlibat judi laga ayam

24 Mei 2025, 2:51 AM
Op Dadu: Polis berkas 11 lelaki terlibat judi laga ayam

KUALA TERENGGANU, 24 MEI: Polis menahan 11 individu termasuk seorang warga Indonesia dalam Op Dadu kerana terbabit dalam aktiviti pertaruhan menggunakan haiwan, semalam.

Ketua Polis Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata ketika tangkapan, kesemua suspek yang berusia antara 32 hingga 56 tahun, sedang leka menyabung ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Atas Tol, di sini kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas empat ekor ayam jantan, sebuah bon laga ayam, wang tunai sebanyak RM5,823 dan sebuah beg yang mengandungi jarum, benang serta pembalut perubatan berwarna merah.

“Op Dadu ini dijalankan hasil risikan sepasukan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 32 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619