ad
AGENDA

Hantar gambar berbaur lucah kepada remaja, pempengaruh direman empat hari

23 Mei 2025, 11:48 AM
Hantar gambar berbaur lucah kepada remaja, pempengaruh direman empat hari

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek telah ditahan semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice, mendedahkan beberapa kiriman gambar berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh terbabit kepada seorang remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Caprice memaklumkan bahawa beliau dihubungi oleh ibu kepada remaja berkenaan yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh individu terbabit kepada remaja itu.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.