AGENSI

Beberapa laluan di Selangor ditutup berperingkat sempena Asean hingga Rabu depan

22 Mei 2025, 7:45 AM
Beberapa laluan di Selangor ditutup berperingkat sempena Asean hingga Rabu depan
Beberapa laluan di Selangor ditutup berperingkat sempena Asean hingga Rabu depan

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Beberapa laluan di Selangor ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak Asean khususnya ketika ketibaan dan keberangkatan pulang pemimpin dan delegasi.

Laluan akan ditutup secara berperingkat membabitkan dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke ibu negara dan laluan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke ibu negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata penutupan laluan itu dilaksanakan mengikut masa ketibaan delegasi Ahad ini dan ketika keberangkatan pulang yang dijadualkan 28 Mei ini.

"Untuk pergerakan ketibaan delegasi menerusi KLIA, laluan akan ditutup secara berperingkat adalah dari Kompleks Bunga Raya menuju ke arah Lebuhraya KLIA Extension, Plaza Tol KLIA-Lebuhraya Elite, susur masuk Putrajaya, susur masuk Lebuhraya MEX dan Hentian Rehat & Rawat (RnR) Seri Kembangan, Lebuhraya MEX.

[caption id="attachment_688964" align="alignleft" width="500"] Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto BERNAMA[/caption]

"Bagi laluan dari arah Pangkalan TUDM Subang, laluan yang terkesan adalah TUDM Subang-Jalan Monford-Lebuhraya GCE, Plaza Tol Shah Alam-Lebuhraya NKVE, susur keluar Kilometer 22 NKVE-Lebuhraya Utara Selatan dan sempadan Selangor-Kuala Lumpur (Kilometer 25.1 Pintu Gerbang)," katanya lapor Berita Harian hari ini.

Hussein berkata, pihaknya menggesa semua pengguna jalan raya mengambil maklum berhubung penutupan dan lencongan laluan yang akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh Sidang Kemuncak Asean itu.

"Laluan akan dibuka secara berperingkat apabila konvoi delegasi melepasi setiap susur laluan, namun tumpuan penutupan penuh adalah hanya di pusat bandar raya menghala ke tempat persidangan iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

"Pengguna disaran merancang semula jadual perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619