EXCO

Pejabat Parlimen Gombak sedia rumah sewa sementara bantu mangsa kebakaran

21 Mei 2025, 5:25 AM
Pejabat Parlimen Gombak sedia rumah sewa sementara bantu mangsa kebakaran
Pejabat Parlimen Gombak sedia rumah sewa sementara bantu mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 21 MEI: Pejabat Parlimen Gombak membantu mangsa kebakaran di Kampung Melayu Wira Damai, Gombak dengan menyediakan rumah sewa sementara.

Ahli Parlimennya Dato’ Seri Amirudin Shari pihaknya turut menyerahkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga terlibat.

"Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas ini melibatkan tiga buah rumah yang didiami enam keluarga. Setakat ini 19 mangsa di tempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai.

"Saya doakan mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini. Saya dan Pejabat Parlimen Gombak akan terus berusaha meringankan beban mangsa yang terkesan," katanya di Facebook.

[caption id="attachment_702150" align="aligncenter" width="767"] Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi dan menghulurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran yang berteduh di pusat permindahan sementara Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai pada 21 Mei 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Kelmarin, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mengesahkan beberapa buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

Susulan kejadian itu, pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Balai Raya Kampung Wira Damai untuk menempatkan mangsa.

Dalam pada itu, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menyalurkan bantuan segera berupa barangan keperluan asas termasuk toto, selimut, bantal dan makanan kering bernilai kira-kira RM3,000 kepada mangsa.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619