PBT

Cabaran tangani isu alam sekitar, bentuk generasi muda cakna kelestarian

18 Mei 2025, 12:51 PM
Cabaran tangani isu alam sekitar, bentuk generasi muda cakna kelestarian
Cabaran tangani isu alam sekitar, bentuk generasi muda cakna kelestarian

KLANG, 18 MEI: Generasi muda perlu dipupuk mengenai kepentingan menjaga alam sekitar termasuk mengajak mereka menyertai program berkaitan.

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berkata cabaran ketika ini ialah membentuk komuniti yang bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar terutama dalam kalangan generasi pewaris masa depan.

"Tanggungjawab memelihara kebersihan dan kelestarian persekitaran tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan sahaja. Masyarakat, terutama anak muda mesti sentiasa cakna. Kesedaran ini penting untuk masa depan bandar yang lebih bersih dan lestari.

“Saya berharap pihak sekolah, kolej mahupun universiti dapat meningkatkan lagi kempen kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan anak muda selain sentiasa mengajak mereka turut serta dalam program komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Klang yang diadakan di Padang Awam, Laman Seri Kerayong di sini hari ini.

[caption id="attachment_701682" align="alignnone" width="700"] Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain berucap dalam Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar Klang Selangor pada 18 Mei 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Dato’ Zuraidah Mohd Said turut menyuarakan pandangan bahawa pendidikan berkaitan penjagaan alam sekitar harus bermula dari rumah.

“Orang dewasa, khususnya ibu bapa, digalakkan untuk mendidik anak sedari kecil mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Tanggungjawab bermula di rumah dan disiplin perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.

“Klang juga satu-satunya bandar raya di Malaysia yang berstatus diraja, jadi kita kena pastikan ia sentiasa bersih, mantap, dan cantik,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka turut menekankan bahawa kejayaan menjadikan Klang sebuah bandar yang bersih dan selesa didiami tidak akan tercapai tanpa penglibatan aktif semua lapisan masyarakat.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619