AGENDA

Peniaga ayam gunting rugi hampir RM20,000, ditipu Zaharah, Maznah

18 Mei 2025, 4:02 AM
Peniaga ayam gunting rugi hampir RM20,000, ditipu Zaharah, Maznah

KUALA TERENGGANU, 18 MEI: Peniaga ayam gunting kerugian RM19,050 selepas diperdaya skim pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa wanita berusia 38 tahun melihat iklan pelaburan saham melalui laman sosial Facebook pada 15 April lalu.

Beliau berkata mangsa yang tertarik menghubungi suspek dan dijanjikan pulangan keuntungan RM20,060 dengan modal hanya RM300.

"Setelah mangsa membuat bayaran, dua suspek wanita yang dikenali sebagai Zaharah dan Maznah meminta mangsa membuat sejumlah bayaran lagi bagi mengeluarkan keuntungan berkenaan.

"Mangsa membuat enam kali bayaran menggunakan wang simpanan, gadaian barang kemas dan pinjaman, namun masih belum diberi bayaran keuntungan selepas lebih sebulan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang mengesyaki ditipu membuat laporan polis 8 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619