AGENDA

Jutaan warga Gaza terpaksa berpindah akibat serangan berterusan Israel

15 Mei 2025, 11:36 PM
Jutaan warga Gaza terpaksa berpindah akibat serangan berterusan Israel

ANKARA, 16 MEI: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Rakyat Palestin pada Khamis memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin susulan penubuhan Israel.

"Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakba," kata UNRWA dalam satu kenyataan.

"Tujuh puluh tujuh tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa."

Agensi pelarian itu berkata konflik berkenaan telah menyebabkan 90 peratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

"Sebahagian daripada mereka telah diusir sebanyak 10 kali atau lebih."

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619