AGENDA

Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera kemalangan di Gua Musang

15 Mei 2025, 1:13 PM
Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera kemalangan di Gua Musang

KOTA BHARU, 15 MEI: Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Razani Mamat berkata kejadian berlaku semasa wanita berkenaan Rohaya Jaafar, 42, baru mengambil anak-anaknya dari sekolah pada kira-kira 1.30 tengah hari.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan wanita itu yang tersepit dalam keretanya, namun dia disahkan meninggal dunia pada 2.31 petang oleh pihak kesihatan yang hadir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota bomba kemudian membuat kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan kemalangan itu benar-benar selamat, dan operasi selesai pada 3.13 petang.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619