AGENDA

Kedai, rumah hangus dijilat api di Kampung Baru, tiada mangsa cedera

15 Mei 2025, 6:13 AM
Kedai, rumah hangus dijilat api di Kampung Baru, tiada mangsa cedera
Kedai, rumah hangus dijilat api di Kampung Baru, tiada mangsa cedera

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebuah kedai dan sebuah rumah separa kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi tadi namun tiada mangsa dilaporkan cedera, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Riduan Akhyar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP Sentul dan Jalan Tun Razak.

“Operasi membabitkan kekuatan 23 anggota bersama jentera FRT, LFRT dan FRV,” katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_701161" align="aligncenter" width="701"] Keadaan sebuah rumah terbakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Yuri Azhar Mazlan[/caption]

Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebuah kedai bersaiz 30x80 kaki persegi terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah berkeluasan 40x50 kaki persegi musnah 80 peratus.

Pihaknya turut memberitahu, seramai sembilan mangsa berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Kebakaran berjaya dikawal pada 7.41 pagi dan dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619