AGENDA

Kiswah Kaabah dinaikkan, tanda persiapan musim haji

14 Mei 2025, 2:30 PM
Kiswah Kaabah dinaikkan, tanda persiapan musim haji

MAKKAH, 14 MEI: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menaikkan bahagian bawah Kiswah, kelambu hitam yang menutupi Kaabah sehingga tiga meter sebagai persiapan menghadapi musim Haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Bahagian binaan yang terdedah kemudiannya ditutup dengan kain kapas putih selebar dua meter di semua sisi.

Proses itu dilaksanakan oleh pasukan khusus melalui prosedur yang teliti dengan penuh penghormatan terhadap kesucian tapak serta mematuhi piawaian keselamatan dan profesionalisme yang tertinggi.

Prosedur tahunan itu bertujuan memelihara Kiswah dan melindunginya daripada sentuhan atau kerosakan, khususnya semasa tawaf.

Upacara tahunan itu mencerminkan tahap pengurusan yang teliti dan persiapan menyeluruh bagi menerima ketibaan jemaah haji.

- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619