ad
AGENDA

Amirudin seru anggota pilih pemimpin kental, berwibawa demi masa depan KEADILAN

13 Mei 2025, 3:51 AM
Amirudin seru anggota pilih pemimpin kental, berwibawa demi masa depan KEADILAN
Amirudin seru anggota pilih pemimpin kental, berwibawa demi masa depan KEADILAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan ahli supaya membuat keputusan tepat pada pemilihan penggal 2025/2028 dengan memilih pemimpin berwibawa bagi mengangkat martabat martabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Naib presiden KEADILAN itu berkata parti memerlukan kepimpinan yang kental untuk merencana perjuangan sekali gus memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri.

Amirudin yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor turut menyeru anggota parti agar menyambut proses demokrasi dengan semangat, rasionaliti dan keterbukaan.

[caption id="attachment_700799" align="aligncenter" width="814"] Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam satu majlis ketika bertemu anggota dan pimpinan parti berkenaan di Perak pada 12 Mei 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

“Saya menyeru agar kita semua merapatkan saf dan merangkul kekuatan demi masa depan KEADILAN. Pilihlah barisan kepimpinan yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga kental untuk mengangkat martabat KEADILAN, merencana masa depan perjuangan.

“Paling utama memastikan YAB PMX terus kekal sebagai perdana menteri demi kesinambungan agenda reformasi yang diperjuangkan bersama,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan anggota dan pimpinan parti berkenaan di Perak.

Pada Sabtu lalu, Amirudin mengumumkan akan mempertahankan jawatan berkenaan sejajar dengan prinsip memperkukuh parti, paksi reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan.

Membawa tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’, beliau akan berdepan 11 calon lain termasuk tiga penyandang iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada pemilihan lalu, Amirudin memperoleh 46,075 undi, jumlah tertinggi dalam kalangan empat naib presiden.

Pemilihan parti pada 23 Mei ini bermula jam 8 pagi hingga 5 petang menerusi dua kaedah iaitu pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres AMK Pusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.

Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal dijalankan di International Technology and Commercial Centre (ITCC), Penampang dan Penview Convention Centre, Kuching.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.