AGENDA

Sepak takraw Piala Asia: Malaysia cipta sejarah juara kuadran

12 Mei 2025, 2:38 PM
Sepak takraw Piala Asia: Malaysia cipta sejarah juara kuadran

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Malaysia mencipta sejarah muncul juara acara kuadran selepas menewaskan Jepun pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Skuad negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Shahalril Aiman Halim mempamerkan aksi hebat ditambah dengan sokongan padu 1,000 penyokong yang hadir memenuhi venue pertandingan untuk menguasai set pertama dengan 15-8.

Bermula set kedua, kuadran Jepun diwakili Wataru Narawa, Toshitaka Naito, Yuki Sato, Ryota Haruhara seakan tidak goyah dengan sorakan penyokong tuan rumah, mula memperkemas corak permainan dan mengejar mata demi mata.

Namun ia tidak cukup untuk menggugat penguasaan kuadran negara bergelar juara selepas menamatkan perlawanan dengan kemenangan 15-11.

Sementara itu, jurulatih negara Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman berkata kejayaan diraih anak buahnya itu menjadi pengubat kekecewaan pada penampilan di Piala Dunia di Bihar, India, Mac lepas.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619