SHAH ALAM, 12 MEI: Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi dianjurkan di Galeri Shah Alam menyatukan penggiat seni lukis khususnya melibatkan elemen bitumen.
Bagi artis berasal dari Venice, Itali Alessia Dona, karya beliau bermotifkan bunga Rafflesia, marin dan landskap itu diinspirasi dari Malaysia.
“Ini merupakan karya pertama saya menggunakan elemen bitumen. Saya berbangga menjadi salah seorang artis yang sertai pameran bitumen.
“Semua lukisan ini inspirasi daripada kehidupan di Malaysia berkonsepkan tropikal. Saya berasa sangat gembira dapat sertainya,” katanya ditemui di pameran tersebut.
[caption id="attachment_700644" align="aligncenter" width="1106"] Artis dari Venice, Itali Alessia Dona bersama karya beliau ketika Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Bagi pelakon Liza Othman pula, beliau gembira dipilih sertai pameran yang memberi fokus kepada elemen bitumen selain turut disertai adiknya Nanie Othman.
“Saya sebenarnya melukis sejak 30 tahun lalu tetapi mula fokus lima tahun lalu. Ini bukan pameran pertama namun secara peribadi Galeri Shah Alam adalah lokasi yang ‘grand’ untuk artis pamerkan hasil karya.
“Mungkin pada masa depan, saya boleh bergabung dengan adik untuk hasilkan karya bersama dengan mengaplikasi elemen bitumen,” katanya.
[caption id="attachment_700645" align="aligncenter" width="1132"] Pelakon Liza Othmann bersama lukisan beliau ketika Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Sementara itu, penulis yang juga pengumpul seni Nik Mohd Fahmee menyifatkan penganjuran pameran elemen bitumen menarik kerana ia kurang digunakan berikutan sukar dikendali.
“Saya amat tertarik dengan pameran ini kerana menggunakan bahan bitumen yang tidak menjadi pilihan artis. Penggunaan bahan pembuatan jalan ini mencabar artis dalam menghasilkan karya.
“Dengan adanya kumpulan artis ini ia sekali gus menerapkan pemahaman penggunaan bitumen kepada masyarakat,” katanya.
[caption id="attachment_700647" align="aligncenter" width="1234"] Penulis dan Pengumpul Seni, Nik Mohd Fahmee (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700648" align="aligncenter" width="1371"] Pengunjung melihat Pameran Tarscape: Perjalanan Ekspresi di Galeri Shah Alam pada 10 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]