ad
AGENDA

Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 18 mangsa termasuk tujuh kanak-kanak

11 Mei 2025, 1:39 PM
Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 18 mangsa termasuk tujuh kanak-kanak
Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 18 mangsa termasuk tujuh kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Sebanyak 18 individu termasuk tujuh kanak-kanak menghadapi detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu, pada 5.09 petang.

Beliau berkata sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dengan tujuh pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan terdapat 18 mangsa terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita dan tujuh kanak-kanak terkandas akibat kepala air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 6.32 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an mengalami sesak nafas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_700599" align="aligncenter" width="426"] Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor pada 11 Mei 2025. Foto Bomba[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.