PBT

Sebanyak 48 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran MPAJ

11 Mei 2025, 8:54 AM
Sebanyak 48 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran MPAJ
Sebanyak 48 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran MPAJ
Sebanyak 48 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran MPAJ
Sebanyak 48 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran MPAJ

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

AMPANG,11 MEI: Sebanyak 48 pasukan menyertai kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) CUP 2025 di dewan serba guna MPAJ AU2, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap MPAJ Mohammad Yusuf berkata pertandingan  melibatkan 240 peserta itu menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu sekali gus merancakkan lagi pembangunan e-sukan.

"Pihak MPAJ tidak menjangkakan acara ini menerima sambutan hangat kerana ia kali pertama dianjurkan. Pada tahun ini MPAJ menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM1,000. Insya-Allah tahun berikutnya kejohanan Mobile Legends akan dianjurkan dengan lebih besar dan meriah.

“Kami mahu menyediakan platform e-sukan untuk komuniti tempatan dan juga menggalakkan penglibatan e-sukan," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Sementara itu, Pengerusi Induk Penggerak Belia Selangor (PEBS) MPAJ Arie Yudistira memberitahu penganjuran kejohanan e-sukan seiring dengan populariti sukan tersebut yang semakin menjadi tumpuan di seluruh negara.

“Kalau kita pergi mana-mana pun ramai anak muda sudah bercakap tentang MLBB. Ia sudah jadi satu fenomena seperti bola sepak ketika suatu masa dahulu”, ujarnya.

[caption id="attachment_700548" align="aligncenter" width="694"] Pengarah Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap MPAJ Mohammad Yusuf (tengah) bersama-sama rakan penganjur sempena Pertandingan Mobile Legends anjuran MPAJ di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ampang pada 11 Mei 2025. Foto AMIR IMRAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_700550" align="aligncenter" width="694"] Pengerusi Induk Penggerak Belia Selangor (PeBS) MPAJ, Arie Yudistira (kanan) bersama ahli pasukannya yang turut menjayakan pertandingan Mobile Legends MPAJ 2025 di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ampang pada 11 Mei 2025. Foto AMIR IMRAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_700549" align="aligncenter" width="694"] Peserta pertandingan Mobile Legends anjuran MPAJ yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ampang pada 11 Mei 2025. Foto AMIR IMRAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619