AGENDA

PM: Ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu

11 Mei 2025, 5:00 AM
PM: Ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani,” katanya.

Perdana Menteri turut memuat naik gambar beliau bersama Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuannya.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619