AGENSI

Dua pengkarya hebat pamer karya seni di Galeri Shah Alam

8 Mei 2025, 2:00 AM
Dua pengkarya hebat pamer karya seni di Galeri Shah Alam
Dua pengkarya hebat pamer karya seni di Galeri Shah Alam
Dua pengkarya hebat pamer karya seni di Galeri Shah Alam

SHAH ALAM, 8 Mei: Dua pengkarya hebat dalam dunia seni tanah air, Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon dan Yang Mulia Raja Shahriman Raja Aziddin tampil di pameran ‘seNADI seNAFAS’ di Galeri Shah Alam.

Pengarah Yayasan Seni Selangor Galeri Shah Alam Badrul Kahar Mohd Yusof menyifatkan pameran ini sebagai satu penghormatan besar buat negeri Selangor.

“Raja Shahriman membawa karya logam yang memerlukan kekuatan fizikal dan kemahiran teknikal tinggi manakala Hasnul Jamal menampilkan karya bersifat metafora, spiritual dan alam semula jadi.

“Satu keras dan fizikal, satu lagi lembut dan spiritual. Ia saling melengkapi,” katanya pada hari pertama pameran Selasa lalu.

[caption id="attachment_699817" align="alignnone" width="757"] Raja Shahriman Aziddin di Pameran beliau bertajuk “Senadi Senafas” di Galeri Shah Alam pada 5 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Tambah Badrul, pameran ini merupakan kolaborasi pertama mereka selepas lebih dua dekad bergelar anak seni dan bersahabat sejak zaman pengajian.

“Gabungan ini amat unik dan sangat jarang berlaku. Ramai pengunjung dan peminat seni telah lama menantikan detik ini,” katanya.

Pameran seNADI seNAFAS bermula sejak 5 Mei hingga 19 Jun depan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang secara percuma kepada orang ramai.

[caption id="attachment_699813" align="alignnone" width="882"] Profesor Hasnul Jamal Saidon di Pameran beliau bertajuk “Senadi Senafas” di Galeri Shah Alam pada 5 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619