AGENDA

Suami isteri dera bayi dua bulan direman tujuh hari

7 Mei 2025, 5:04 AM
Suami isteri dera bayi dua bulan direman tujuh hari

MELAKA, 7 MEI: Ibu dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai Alor, Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 13 Mei terhadap pasangan suami isteri berusia 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pasangan yang juga penganggur itu ditahan sepasukan anggota polis pada 6.30 petang semalam di hadapan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Melaka.

Penahanan itu dibuat selepas pakar perubatan hospital yang memeriksa bayi berkenaan membuat laporan apabila mengesan kecederaan baharu dan lama dalam kepala mangsa.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi berkenaan ditinggalkan ibunya di Hospital Melaka sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan cedera dipercayai akibat didera.

Bayi itu dibawa ke Hospital Alor Gajah selepas ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619