SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan program Kitar Semula (Trash To Cash) Sabtu ini di Dewan Komuniti Angsana Hilir, Jalan Hilir 7 Ampang.
MPAJ menerusi Facebook mengalu-alukan penduduk berhampiran untuk hadir ke program tersebut yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
“Program ini bertujuan mencegah pencemaran dan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti secara berterusan pada masa akan datang.
“Menariknya, individu yang hadir dengan membawa barangan kitar semula akan diberi pulangan tunai mengikut kepada jenis barang kitar semula,” katanya.
Berikut merupakan barangan kitar semula:
1. Kutipan minyak masak terpakai (RM2 per kilogram (kg)
2. Kutipan sisa elektrik / elektronik (RM0.20/kg)
3. Kutipan bahan kitar semula seperti tin aluminum RM1/kg, kotak, kertas, plastik Rm0.20/kg dan besi RM0.40/kg (mengikut harga yang telah ditetapkan).
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Kitar Semula MPAJ menerusi talian 03-42857390.