AGENDA

Ketegangan India-Pakistan memuncak selepas serangan rentas sempadan

7 Mei 2025, 2:04 AM
Ketegangan India-Pakistan memuncak selepas serangan rentas sempadan

NEW DELHI, 7 MEI: Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak susulan laporan mengenai serangan rentas sempadan, dengan kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan keras.

Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pasukan keselamatannya melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi, awal pagi Rabu bagi menyasarkan "infrastruktur pengganas", sambil menegaskan bahawa tindakan itu bersifat “tertumpu, berhemah dan bukan bertujuan mencetuskan konflik”.

India berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap insiden 22 April di kawasan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, sambil menegaskan bahawa tiada kemudahan ketenteraan Pakistan yang disasarkan.

“India menunjukkan tahap kawalan yang tinggi dalam pemilihan sasaran dan kaedah pelaksanaan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Pakistan pula menyifatkan tindakan India sebagai "pencerobohan terang-terangan" dan memberi amaran bahawa ia berhak untuk bertindak balas.

“Pakistan berhak untuk bertindak balas sewajarnya pada masa dan tempat yang ditentukan sendiri, selaras dengan Artikel 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa.”

Perkembangan itu berlaku walaupun terdapat seruan antarabangsa dalam beberapa hari kebelakangan ini agar kedua-dua pihak mengelak daripada mencetuskan ketegangan lanjut.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619