AGENDA

Myanmar lanjut gencatan senjata hingga 31 Mei, tumpu bantu mangsa gempa

7 Mei 2025, 1:00 AM
Myanmar lanjut gencatan senjata hingga 31 Mei, tumpu bantu mangsa gempa

ISTANBUL, 7 MEI: Kerajaan tentera telah melanjutkan tempoh gencatan senjata terhadap kumpulan bersenjata etnik di Myanmar sehingga akhir Mei, di tengah-tengah usaha untuk menangani kesan gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media kerajaan.

Panglima Angkatan Tentera Myanmar memaklumkan tempoh gencatan senjata sementara itu akan dilanjutkan dari 6 Mei hingga 31 Mei.

Beliau berkata angkatan tentera “terus melanjutkan gencatan senjata sementara bagi menyokong sepenuhnya usaha bantuan bencana dan kerja-kerja pembinaan semula, melindungi kepentingan negara serta membantu mewujudkan keamanan sebenar dan berkekalan serta kestabilan negara.”

Myanmar dilanda gempa bumi kuat pada 28 Mac, meragut hampir 3,800 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Gempa bumi itu turut menggegarkan negara jiran Thailand, yang mencatatkan sekurang-kurangnya 86 kematian manakala 14 lagi masih hilang.

Berikutan kejadian itu, kerajaan tentera mengisytiharkan gencatan senjata pada 2 April dan gencatan itu kemudiannya dilanjutkan.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619