AGENDA

Menteri: Kerajaan pertimbang insentif khas untuk perniagaan terjejas susulan tarif AS

6 Mei 2025, 4:12 AM
Menteri: Kerajaan pertimbang insentif khas untuk perniagaan terjejas susulan tarif AS

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara.

Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan memberi fokus kepada rundingan timbal balas dengan AS bermula hari ini yang membawa objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara terutamanya dalam sektor penting.

“Kita mungkin memberi tempoh sehingga Julai kerana pada masa ini kita memberikan fokus kepada perbincangan dengan AS. Apa-apa sahaja hasil (daripada mesyuarat ini) kemudian, kita akan mengetahui impaknya.

“Pada masa ini, kita tahu impaknya adalah tarif asas ke atas Malaysia sebanyak 10 peratus. Bagaimanapun, pada masa sama ada sektor yang tidak dikenakan tarif. Sebaik sahaja kita tahu (selepas rundingan tamat).. siapa yang terkesan, syarikat mana yang terkesan dan rantaian bekalan mana yang terkesan… pada masa itulah kita boleh membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bersempena sidang media pengumuman kad laporan prestasi MITI suku pertama 2025 di sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619