AGENDA

Denda hingga SR100,000 individu lindungi pemegang visa ziarah

4 Mei 2025, 3:00 PM
Denda hingga SR100,000 individu lindungi pemegang visa ziarah

RIYADH, 4 MEI: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga SR100,000 akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang menempatkan atau melindungi pemegang visa ziarah di mana-mana jenis kediaman, termasuk hotel, pangsapuri, rumah persendirian, pusat penginapan atau penempatan haji di Makkah dan kawasan suci.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), larangan itu berkuat kuasa dari 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijah dan turut melibatkan sesiapa yang membantu pemegang visa ziarah tinggal secara tidak sah.

Kementerian turut memberi amaran bahawa jumlah penalti akan meningkat mengikut bilangan individu yang melanggar peraturan dengan cara ditempatkan, dilindungi atau dibantu.

Orang ramai digesa mematuhi peraturan haji bagi menjamin keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah. Sebarang pelanggaran boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi wilayah lain di kerajaan itu.

-- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619