AGENSI

Mais peruntuk RM300,000 bantu bekas ahli GISBH mula hidup baharu

4 Mei 2025, 1:30 PM
Mais peruntuk RM300,000 bantu bekas ahli GISBH mula hidup baharu
Mais peruntuk RM300,000 bantu bekas ahli GISBH mula hidup baharu

GOMBAK, 4 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntuk sejumlah RM300,000 bagi membantu bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) memulakan kehidupan baharu.

Pengerusinya Dato’ Setia Salehudin Saidin berkata dana itu sebagai bantuan permulaan bagi individu terbabit mencari pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri.

“Mais pada asalnya tidak menyekat ekonomi mereka tetapi lantaran ajaran GISBH yang menyeleweng daripada akidah sebenar, perniagaan pun akan terjejas.

“Namun, kita tidak membiarkan mereka untuk terus menganggur sebaliknya Mais melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) memperuntuk RM300,000 sebagai bantuan permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pengerusi Mais Bersama Peserta Program Insan Rabbani di Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Country Homes, Rawang di sini, hari ini.

[caption id="attachment_699632" align="alignnone" width="869"] Pengurusi Majlis Agama Islam Selangor Dato’ Seri Setia Salehudin Saidin menyerahkan cek cura kepada wakil bekas ahli di Majlis Ramah Mesra bersama peserta Program Insan Rabbani di Sekolah Rendah Agama Bandar Country Homes, Rawang, Gombak Selangor pada 4 May 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurut Salehuddin, pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi dan syarikat berkaitan bagi membantu bekas ahli GISBH mencari pekerjaan mengikut kemahiran masing-masing.

“Setakat ini lima orang sudah bekerja di Kilang Gardenia manakala 11 individu telah lulus bantuan modal perniagaan dari peruntukan Baitulmal.

“Ini antara perkara yang kita laksanakan, dibuat secara berperingkat kita tak mampu sekali gus tetapi Mais sentiasa prihatin dan akan memastikan bekas ahli GISBH ini dapat peluang pekerjaan untuk kelangsungan masa depan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619