AGENDA

Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025

4 Mei 2025, 8:00 AM
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025
Program budaya terus diperhebat, semarakkan lagi kempen TMS2025

SHAH ALAM, 4 MEI: Pelbagai program kebudayaan termasuk Rentak Selangor dan Fiesta Makanan diteruskan sebagai usaha menyemarakkan lagi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO kebudayaan berkata inisiatif dilaksana menerusi kerjasama rentas portfolio dengan Stanco Pelancongan bertujuan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

[caption id="attachment_699339" align="aligncenter" width="812"] EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas pelancaran Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Antara perancangan termasuklah membawa Fiesta Makanan yang sebelum ini dianjur di Sepang ke Kuala Selangor pada November nanti.

“Kita juga teruskan program Rentak Selangor, pesta rakyat dalam bentuk tarian dan persembahan. Semua acara ini menyumbang kepada peningkatan pelancong sempena TMS2025,” kata Datuk Borhan Aman Shah kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_689040" align="aligncenter" width="808"] Pengunjung melihat replika rangka binatang purba di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Borhan memberitahu pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah sejak Februari lalu turut menyumbang kepada kehadiran pelancong.

Menurutnya, muzium yang mempamerkan lebih 1,000 bahan pameran termasuk artifak sejarah itu menarik lebih 50,000 pengunjung setakat ini dan dijangka terus meningkat menjelang musim cuti persekolahan.

“Usaha ini seiring kempen TMS2025 yang memberi fokus kepada pelancongan seni, budaya dan warisan negeri,” katanya.

[caption id="attachment_699311" align="aligncenter" width="814"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim dan EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah menaiki belon udara panas yang menjadi tarikan sempena Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baru-baru ini, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim memaklumkan dua juta pelancong direkodkan hadir ke Selangor dalam tempoh suku pertama tahun ini.

TMS2025 menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan anggaran kutipan resit pelancongan bernilai RM11.7 bilion.

Lebih 60 program dan acara dirangka termasuk dalam segmen eko, agro, seni dan budaya sepanjang kempen berlangsung.

[caption id="attachment_699435" align="aligncenter" width="792"] Pengunjung menikmati makanan di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698546" align="aligncenter" width="782"] Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_673163" align="aligncenter" width="775"] Pekerja ladang Farm Fresh memberi penerangan kepada pengamal media ketika lawatan Tourism Selangor bersama pengamal media di Ladang Farm Fresh, Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619