AGENDA

Tiga maut kereta terbabas, langgar pembahagi jalan

2 Mei 2025, 1:31 AM
Tiga maut kereta terbabas, langgar pembahagi jalan

SHAH ALAM, 2 MEI: Tiga lelaki maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran susur Balakong, dekat sini, pagi ini.

Kesemua mangsa yang parah serta tersepit dalam kenderaan dikeluarkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum disahkan meninggal dunia, lapor portal Harian Metro.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Shahrum Din berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.57 pagi.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan dibantu BBP Bukit Jalil, membabitkan kekuatan 10 anggota, dikejarkan ke lokasi.

"Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar lebuh raya berkenaan.

"Terdapat tiga lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrum berkata, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619