KLANG, 30 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengeluarkan lebih 1,000 tan sampah pukal di lokaliti perumahan terjejas kejadian letupan saluran gas di Putra Heights.
Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata sampah pukal termasuk perabot dan televisyen terjejas akibat insiden berkenaan sepanjang Ops Mega Pembersihan bermula 12 April lalu.
“Penduduk kini dibenarkan pulang dan mereka mula membaik pulih kediaman yang rosak dengan meletakkan barangan rosak di tong disediakan.
“Kita sediakan tong Roll On Roll Off (roro) di setiap lorong Taman Putra Harmoni manakala 10 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.
[caption id="attachment_699003" align="alignleft" width="500"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir berucap pada majlis penyerahan lori roro ‘arm roll’ model Mitsubishi Fuso yang dilengkapi teknologi Euro 5 di Hap Seng Star, Bukit Tinggi, Klang pada 29 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Pembersihan masih diteruskan dan ini adalah tanda sokongan kita kepada penduduk terkesan supaya mereka dapat pulang ke tempat asal dengan lebih baik,” katanya ditemui selepas penyerahan lori ‘arm roll’ di sini semalam.
Ops Mega Pembersihan disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, tentera, bomba selain KDEBWM dan Sukarelawan Selangor (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).
Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi 1 April lalu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
[caption id="attachment_699002" align="aligncenter" width="1077"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir (enam, kiri) menerima replika kunci daripada Ketua Pegawai Eksekutif Hap Seng Group Automotive Division Lee Weng Yew sebagai simbolik penyerahan lori roro ‘arm roll’ model Mitsubishi Fuso yang dilengkapi teknologi Euro 5 di Hap Seng Star, Bukit Tinggi, Klang pada 29 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699004" align="aligncenter" width="1079"] Lori roro ‘arm roll’ model Mitsubishi Fuso yang dilengkapi teknologi Euro 5 diserahkan kepada KDEB Waste Management (KDEBWM) di Hap Seng Star, Bukit Tinggi, Klang pada 29 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699005" align="aligncenter" width="1329"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Hap Seng Group Automotive Division Lee Weng Yew menaiki lori roro 'arm roll' model Mitsubishi Fuso yang dilengkapi teknologi Euro 5 di Hap Seng Star Bukit Tinggi Klang pada 29 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]