EXCO

Dana hampir RM5 juta bina krematorium moden di Kuala Langat, dilengkapi kemudahan selesa

29 Apr 2025, 5:52 AM
Dana hampir RM5 juta bina krematorium moden di Kuala Langat, dilengkapi kemudahan selesa
Dana hampir RM5 juta bina krematorium moden di Kuala Langat, dilengkapi kemudahan selesa
Dana hampir RM5 juta bina krematorium moden di Kuala Langat, dilengkapi kemudahan selesa

KUALA LANGAT, 29 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperuntuk dana hampir RM5 juta untuk membangunkan krematorium moden di Jalan Serdang Belah dekat Kampung Sungai Buaya, pada hujung tahun ini.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Ng Sze Han berkata projek berkeluasan satu ekar itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan sekali gus memberi manfaat besar kepada masyarakat pelbagai latar bangsa dan agama.

“Krematorium ini akan dilengkapi dengan tiga unit tempat pembakaran yang dibina menggunakan teknologi moden menekankan kecekapan operasi, keselamatan pengguna dan pemeliharaan alam sekitar.

"Bangunan ini juga mempunyai pelbagai fasiliti sokongan untuk keselesaan pengguna, antaranya tempat parkir kenderaan yang mampu menampung tiga bas, 25 kereta dan 30 motosikal,” katanya.

[caption id="attachment_698918" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Ng Sze Han berucap ketika Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Jalan Serdang Belah, Kampung Sungai Buaya di Quay Hall, Quayside Mall, Kuala Langat pada 29 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Moden di Kuala Langat di Quayside Mall di sini hari ini. Turut hadir EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah.

Jelasnya, kemudahan tambahan yang disediakan adalah pondok pengawal, pejabat pentadbiran, ruangan upacara, serta tandas awam dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

“Projek ini dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan komuniti bukan Islam di daerah Kuala Langat yang semakin meningkat, selaras dengan dasar pembangunan yang inklusif, seimbang dan berterusan.

“Kita yakin pelaksanaan projek ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk di samping mencerminkan komitmen MPKL dalam menyediakan perkhidmatan yang profesional, bersepadu dan mesra rakyat,” katanya.

[caption id="attachment_698914" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Ng Sze Han mendengar taklimat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Mohd Asri Nor Mohd mengenai pelan pembinaan krematorium selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Jalan Serdang Belah, Kampung Sungai Buaya di Quay Hall, Quayside Mall, Kuala Langat pada 29 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619