AGENDA

Kes pencemaran loji air Sungai Linggi, pemilik premis ditahan bantu siasatan

28 Apr 2025, 2:20 PM
Kes pencemaran loji air Sungai Linggi, pemilik premis ditahan bantu siasatan

SEREMBAN, 28 APRIL: Polis menahan pemilik premis yang menjalankan aktiviti penjualan minyak bahan bakar untuk kegunaan industri pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes pencemaran air di Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din dalam kenyataan berkata lelaki berusia 31 itu ditahan susulan laporan yang diterima Rabu lepas mengenai pencemaran itu.

"Kita menerima satu laporan daripada seorang pengadu merangkap Pegawai Eksekutif Pengeluaran Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang memaklumkan bahawa berlakunya pencemaran air sungai setelah mendapati ada tumpahan minyak di loji rawatan air Sungai Linggi tersebut.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel air di loji rawatan air tersebut dan membuat pengesahan bahawa air tersebut selamat digunakan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619