AGENDA

Gunung Bulusan di tenggara Manila muntahkan asap tebal setinggi 4.5 km

28 Apr 2025, 4:41 AM
Gunung Bulusan di tenggara Manila muntahkan asap tebal setinggi 4.5 km

MANILA, 28 APRIL: Pihak berkuasa Filipina menaikkan tahap amaran untuk Gunung Bulusan di wilayah Sorsogon, tenggara Manila selepas gunung berapi itu memuntahkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer ke udara pada Isnin.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) dalam satu kenyataan memaklumkan tahap amaran dinaikkan dari sifar ke satu pada skala lima, selepas letusan freatik berlaku pada 4.36 pagi waktu tempatan dan berlarutan selama 24 minit.

"Letusan itu memuntahkan abu setinggi 4.5 kilometer dari kawah sebelum berserakan ke arah barat hingga barat daya," menurut kenyataan itu.

Institut terbabit memberi amaran tentang kemungkinan letusan berulang, menggesa penduduk setempat supaya berwaspada dan melarang sebarang aktiviti dalam zon bahaya sejauh 4 kilometer dari kawah gunung.

PHIVOLCS turut menasihatkan juruterbang dan pihak berkuasa penerbangan awam supaya mengelakkan penerbangan berhampiran puncak Gunung Bulusan.

Filipina mempunyai 24 gunung berapi aktif. Selain Gunung Bulusan, Gunung Mayon di wilayah Albay dan Gunung Taal berhampiran Manila kini berada pada tahap amaran satu, manakala Gunung Kanlaon diletakkan pada tahap amaran tiga, menunjukkan ketidakstabilan magma dengan peningkatan risiko letusan.

- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619