AGENDA

Warga emas maut dirempuh Ford Ranger ketika pulang dari surau

28 Apr 2025, 3:06 AM
Warga emas maut dirempuh Ford Ranger ketika pulang dari surau

KUALA TERENGGANU, 28 APRIL: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 malam itu, mangsa Ali Mohamaed, 77, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba, dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh Ford Renger yang dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak.

"Mangsa dipercayai baru pulang dari surau maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619