AGENDA

Trump tuntut laluan percuma bagi kapal AS berlayar di Terusan Panama, Suez

27 Apr 2025, 2:22 AM
Trump tuntut laluan percuma bagi kapal AS berlayar di Terusan Panama, Suez

ISTANBUL, 27 APRIL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menegaskan bahawa kapal-kapal AS sepatutnya dibenarkan melalui Terusan Panama dan Suez tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan mendakwa kedua-dua laluan strategik itu wujud hasil usaha AS.

“Semua kapal Amerika, sama ada tentera atau komersial mesti dibenarkan melalui Terusan Panama dan Terusan Suez secara percuma,” tulis Trump di platform Truth Social, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Tanpa Amerika Syarikat, terusan-terusan itu tidak akan wujud,” katanya sambil mengarahkan Setiausaha Negara, Marco Rubio untuk “segera menguruskan dan mendokumentasikan perkara ini.”

Penasihat Keselamatan Negara, Michael Waltz turut menyokong pendirian Trump mengenai Terusan Panama, dengan menyatakan bahawa AS tidak sepatutnya membayar untuk menggunakan terusan yang dibinanya sendiri.

Terusan Panama menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik melalui Panama, manakala Terusan Suez di Mesir menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah, menyediakan laluan maritim terpendek antara Eropah dan lautan India serta Pasifik Barat.

Kedua-dua terusan itu mengenakan yuran transit yang tinggi, bergantung kepada saiz kapal dan jenis kargo, yang boleh mencecah ratusan ribu dolar.

Pada Februari lalu, Panama menarik diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China selepas menerima tekanan dari Washington dan lawatan oleh Rubio.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619