AGENDA

Hoe Yean raih emas berganda Kejohanan Renang Terbuka Malaysia

24 Apr 2025, 1:34 PM
Hoe Yean raih emas berganda Kejohanan Renang Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan di sini, hari ini.

Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.

Pingat perak acara tersebut dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.

Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.

Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.

"Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).

"Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini," kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619