AGENDA

Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 pendatang asing

24 Apr 2025, 12:30 PM
Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 pendatang asing

PUTRAJAYA, 24 APRIL: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 32 pendatang asing dipercayai melakukan kesalahan berkaitan imigresen dalam Op Gegar di sebuah premis hiburan di Kota Damansara malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka terdiri daripada 29 wanita dari Thailand dan Laos yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan (GRO), serta tiga pekerja lelaki warga Bangladesh.

"Kesemua yang ditahan berumur 21 hingga 40 tahun, dan mereka didapati sudah bekerja di sini melebihi enam bulan. Ada juga cubaan untuk melarikan diri oleh pekerja warganegara Bangladesh semasa diserbu, namun berjaya digagalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 44 individu diperiksa dalam serbuan oleh 21 pegawai imigresen Selangor pada operasi 8 malam itu, dan pihaknya turut mengeluakan Saman Kepada Saksi kepada tujuh warga tempatan semasa operasi dijalankan.

“Siasatan Jabatan Imigresen juga mendapati kesemua ditahan diuruskan oleh agen, dan agen tersebut menyediakan tempat tinggal untuk pendatang tanpa izin sepanjang mereka berada di negara ini,” katanya.

Khairrul Aminus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) (tiada pas), Sekyen 15(1)(c) 1959/63 (tinggal lebih masa) serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas), dan semua pendatang asing itu direman 14 hari bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619