ad
AGENDA

Banjir kilat, laluan Plaza Tol Shah Alam (Elite) ke TTDI Jaya, Shah Alam sesak

23 Apr 2025, 1:41 AM
Banjir kilat, laluan Plaza Tol Shah Alam (Elite) ke TTDI Jaya, Shah Alam sesak
Banjir kilat, laluan Plaza Tol Shah Alam (Elite) ke TTDI Jaya, Shah Alam sesak

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan air naik di persimpangan Shah Alam (Elite) menyebabkan laluan dari Plaza Tol Shah Alam ke Taman TTDI Jaya dan Shah Alam terhalang.

"Trafik dilencongkan ke Persimpangan Bukit Jelutong Sentral. Manakala laluan dari Bukit Jelutong ke Plaza Tol Shah Alam (ELITE) hanya lorong kiri boleh dilalui. Trafik sesak kedua-dua arah di lokasi.

"Rancang perjalanan anda & patuhi arahan petugas di lokasi. Segala kesulitan yang dialami amat dikesali," maklum LLM di Facebook.

[caption id="attachment_698031" align="aligncenter" width="616"] Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia bertarikh 23 April 2025.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.