AGENSI

Zakat Selangor tawar insentif jom kerja RM1,000, galak asnaf bekerja

20 Apr 2025, 1:00 PM
Zakat Selangor tawar insentif jom kerja RM1,000, galak asnaf bekerja

SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Zakat Selangor menawarkan insentif jom kerja (IJK) RM1,000 bagi asnaf berdaftar dengan agensi itu.

Agensi itu memaklumkan, permohonan dibuka kepada asnaf, fakir, miskin dan mualaf di bawahnya yang mendapat pekerjaan pada tahun ini.

Menurutnya, permohonan adalah secara dalam talian di pautan bit.ly/iKerjaya atau dengan mengimbas kod QR di poster sehingga 31 Disember 2025.

“Berita baik buat asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar di Lembaga Zakat Selangor, jika anda sudah mendapat pekerjaan pada 2025, anda layak untuk memohon IJK.

“Kadar sumbangan adalah RM1,000 bagi setiap permohonan yang berjaya,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah kad pengenalan pemohon, kad pengenalan ketua keluarga dan surat tawaran bekerja.

“Selain itu, surat pengesahan bekerja, penyata akaun bank pemohon dan surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan),” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619