KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Tourism Selangor optimis kempen Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 mampu mengatasi sasaran awal menarik kedatangan lapan juta pelancong dan resit perbelanjaan RM11.7 bilion.
Pengurus Promosinya Khuzaimah Jamaluddin berkata antara strategi utama penganjuran program termasuklah menonjolkan keunikan budaya dan alam semula jadi sebagai tarikan utama di Selangor.
[caption id="attachment_697514" align="aligncenter" width="812"] Pengurus Promosi Tourism Selangor Khuzaimah Jamaluddin bercakap kepada Media Selangor ketika Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Tourism Selangor akan menandatangai memorandum kerjasama (MoC) bersama Japan Tourism Bureau dan agensi Napei pada Ekspo Dunia di Osaka, Jepun, Mei depan.
“MoC itu juga menumpukan usaha menarik kehadiran pelajar di sana (Jepun) berkunjung ke Selangor.
“Minggu depan, Festival Sawah Padi di Sekinchan menawarkan pelbagai program meranik antaranya larian dan bersama orang kampung yang dijangka menarik kehadiran ramai pelancong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
[caption id="attachment_697517" align="aligncenter" width="797"] Pempamer Tourism Selangor ketika Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Khuzaimah memaklumkan pihaknya akan menganjurkan pameran khas mempromosi produk pelancongan negeri di Central Market, Kuala Lumpur, Julai depan.
“Pameran ini khas hanya untuk mempromosi produk pelancongan Selangor sahaja. Kami memilih lokasi di Kuala Lumpur kerana ia merupakan pusat tumpuan pelancong luar negara.
“Dengan momentum penganjuran pelbagai program dan pameran in , kami yakin dapat mengatasi semua sasaran yang telah ditetapkan,” katanya lagi.
Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.
TMS2025 juga menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.
[caption id="attachment_679027" align="aligncenter" width="809"] Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kanan) dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim (tiga, kanan) ketika melancarkan maskot rasmi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025), SPARK the Fireflies di Setia City Park, Setia Alam pada 22 Disember 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]