ad
AGENDA

Raja Muda Selangor berkenan rasmi Balai Polis Bandar Country Homes

18 Apr 2025, 6:50 AM
Raja Muda Selangor berkenan rasmi Balai Polis Bandar Country Homes
Raja Muda Selangor berkenan rasmi Balai Polis Bandar Country Homes
Raja Muda Selangor berkenan rasmi Balai Polis Bandar Country Homes

GOMBAK, 18 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor hari ini berkenan merasmikan Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang sempena program Gagasan Rumpun daerah Gombak.

Keberangkatan Baginda disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Tengku Amir Shah turut berkenaan menyaksikan persembahan pantomim yang mengimbau kenangan tragedi berdarah pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 2013.

[caption id="attachment_697314" align="aligncenter" width="766"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menandatangani plak perasmian Balai Polis Country Homes, Rawang pada 18 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Baginda kemudian berkenan menandatangani plak perasmian balai berkenaan yang dibina dengan anggaran kos kira-kira RM15 juta.

Sementara itu, Ayob Khan berkata balai polis berkenaan dikenali sebagai balai komuniti sebelum ini, dengan 11 kekuatan anggota sebelum dinaik taraf pada 1 Julai tahun lalu.

Menurutnya, penaiktarafan 37 kekuatan petugas itu membolehkan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan berkenaan lebih terjamin dengan kepadatan penduduk kini mencapai 146,000.

“Kepadatan penduduk mencapai 146,000 orang, sampai masa untuk ada satu balai bagi memastikan liputan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan ini,” katanya.

[caption id="attachment_697313" align="aligncenter" width="728"] Balai Polis Country Homes, Rawang  pada 18 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.