AGENDA

Israel terus halang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza - PBB

17 Apr 2025, 10:34 AM
Israel terus halang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza - PBB

RAMALLAH, 17 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Stephanie Tremblay jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB dalam sidang media berkata bantuan kemanusiaan tidak memasuki Gaza sejak hampir dua bulan dan menegaskan keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.

Beliau berkata para petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang semalam untuk dilaksanakan.

Menurut PBB, sekatan yang dikenakan oleh pihak pendudukan terhadap akses bantuan kemanusiaan menjejaskan keupayaan membekalkan ubat-ubatan ke hospital, sekali gus membahayakan lebih ramai pesakit.

Sejak 2 Mac, pihak pendudukan menyekat kemasukan bekalan penting termasuk makanan dan air ke Semenanjung Gaza selepas menutup pintu masuk sempadan, menyebabkan bencana kemanusiaan dan memburukkan lagi krisis kebuluran.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619