AGENSI

PKNS hulur sumbangan RM1 juta bantu mangsa kebakaran Putra Heights

17 Apr 2025, 8:00 AM
PKNS hulur sumbangan RM1 juta bantu mangsa kebakaran Putra Heights
PKNS hulur sumbangan RM1 juta bantu mangsa kebakaran Putra Heights
PKNS hulur sumbangan RM1 juta bantu mangsa kebakaran Putra Heights

OLEH AIDA NYAN

SHAH ALAM, 17 APRIL: Bersimpati dengan mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Tabung Prihatin Selangor.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas kepada Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Haniff Zainal Abidin dengan disaksikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Mahmud berkata sumbangan tersebut melibatkan penyertaan anak syarikat serta rakan strategik kumpulan PKNS mencerminkan semangat solidariti dan usaha bersepadu dalam meringankan beban mangsa terjejas.

[caption id="attachment_697198" align="aligncenter" width="671"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu jemputan ketika majlis Jalinan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 17 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kami faham mangsa kehilangan banyak harta, keperluan asas, tempat tinggal jadi kami harap bantuan ini dapat bantu memenuhi keperluan tersebut," katanya ketika ditemui.

Pada masa sama, Mahmud turut menyeru lebih banyak pihak untuk turut serta menyalurkan sumbangan melalui Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa tragedi 1 April lalu.

"Kalau tidak tahu bagaimana nak salurkan bantuan, boleh datang ke pejabat PKNS, kami bantu. Untuk penyumbang, apa yang kami boleh tawarkan adalah rebat cukai," katanya.

Semalam, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri berjaya mengumpul RM4.74 juta dana bagi membantu mangsa kebakaran Putra Heights menerusi Tabung Selangor Prihatin yang dilancarkan pada 4 April lalu.

[caption id="attachment_697199" align="aligncenter" width="671"] Orang ramai memeriahkan majlis Jalinan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 17 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619