AGENDA

Unit Petronas raih bekalan gas tambahan melalui saluran paip Thailand-Malaysia

16 Apr 2025, 8:44 AM
Unit Petronas raih bekalan gas tambahan melalui saluran paip Thailand-Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd.

Langkah itu diambil bagi meminimumkan kesan gangguan bekalan gas susulan insiden kebakaran saluran paip di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor dengan memperoleh tambahan jumlah bekalan gas ke kawasan yang terjejas.

"Bekalan gas tambahan ke kawasan utara Semenanjung termasuk Bestari Jaya, Meru dan Kapar berjaya menstabilkan bekalan selain mengurangkan kekurangan bekalan di kawasan utara dan tengah," kata PEGT dalam satu kenyataan hari ini.

PEGT berkata pihaknya menyediakan tambahan bekalan gas sebanyak 86 mmscfd ke Serdang City Gate bagi rangkaian Pengedaran Lembah Klang yang saling bersambung.

“Kami sedang bekerjasama dengan Gas Malaysia Bhd untuk meningkatkan kapasiti bekalan rangkaian pengedaran gasnya,” kata PEGT.

Menurut syarikat itu, sebanyak empat loji jana kuasa terjejas pada peringkat awal iaitu Connaught Bridge, Pulau Indah, Serdang dan Kapar.

“Namun begitu, bekalan gas ke loji jana kuasa Kapar dan Serdang dipulihkan dan kedua-dua kemudahan tersebut menyambung semula operasi seperti biasa. Selain itu, PEGT juga memudahkan pembekalan gas kepada Kapar Energy Ventures bagi menyokong keperluan permulaan unit.”

“PEGT kekal komited untuk memastikan kestabilan bekalan gas dan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619