AGENDA

Skop RS-2 diperluas, rangka hala tuju lima tahun negeri seiring situasi semasa

15 Apr 2025, 2:00 PM
Skop RS-2 diperluas, rangka hala tuju lima tahun negeri seiring situasi semasa
Skop RS-2 diperluas, rangka hala tuju lima tahun negeri seiring situasi semasa

SHAH ALAM, 15 APRIL: Skop pelan lima tahun Rancangan Selangor Kedua (RS-2) akan diperluas bagi memperkemaskan hala tuju pembangunan termasuk mengekalkan daya tahan negeri.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) berkata kerangka lima tahun bermula 2026 dilebarkan kepada pembangunan infrastruktur awam, perusahaan kecil sederhana, penambahbaikan dasar, akses kepada pembiayaan serta pembangunan berasaskan geografi.

"Laporan akhir RS-2 yang dijangka dikeluarkan pada Disember nanti dilebarkan skop supaya hala tuju pembangunan negeri dapat dilaksana seiring dengan keadaan semasa.

"Contohnya kejadian letupan di Putra Heights yang menjejaskan bekalan gas kepada industri, kita perluas dalam RS-2 dan bekerjasama dengan industri serta utiliti supaya pembekalan pembangunan tenaga mampan di Selangor," kata Dato’ Johary Anuar ditemui pada sesi bengkel strategik RS-2 di sini, semalam.

[caption id="attachment_696810" align="aligncenter" width="700"] Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Johary Anuar berucap ketika sesi bengkel strategik bilangan 2 Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 14 April 2025. Foto REMY ARIFIN/ MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan RS-2 yang bakal menjadi hala tuju baharu pembangunan negeri mulai 2026 akan dibentang tahun depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerangka itu antaranya memberi tumpuan kepada jajaran rel Selangor yang bakal meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam, kereta api di utara dan selatan negeri.

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diumum pada Julai 2022 di Dewan Negeri Selangor (DNS) bertujuan membentuk ekonomi mampan dan cekal demi menjamin kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.

Melibatkan beberapa projek besar antaranya Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), ia juga merupakan pelan mendepani ekonomi global yang dijangka perlahan tahun hadapan.

Empat teras strategik RS-1 meliputi pengukuhan sektor ekonomi, membina kesejahteraan rakyat dan keterangkuman sosial, memacu agenda kelestarian serta peningkatan kecekapan tadbir urus.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619