AGENSI

Pendengaran terbuka semak isu infrastruktur pelaburan - Selcat

15 Apr 2025, 8:58 AM
Pendengaran terbuka semak isu infrastruktur pelaburan - Selcat
Pendengaran terbuka semak isu infrastruktur pelaburan - Selcat

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Selangor mempertimbang untuk mengadakan pendengaran terbuka sekiranya perlu bagi menyemak dan membincangkan isu berkaitan infrastruktur pelaburan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berkata isu dibangkitkan antaranya kelewatan kelulusan dan kerenah birokrasi.

Menurut Lau Weng San, perkara lain yang ditimbulkan kebimbangan terhadap infrastruktur jalan dan saliran, rangkaian komunikasi dan gentian optik, serta bekalan air dan elektrik.

“Selcat akan menjalankan siasatan menyeluruh punca utama isu dan mencadangkan penyelesaian bersesuaian berhubung masalah infrastruktur yang berkait dengan pelaburan di Selangor.

“Adalah baik sekiranya kita mengadakan satu sesi untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya dalam sidang media di bangunan rasmi pentadbiran negeri, hari ini.

[caption id="attachment_696817" align="aligncenter" width="777"] Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San bercakap dalam sidang media khas berhubung Selcat di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau menambah daerah Petaling, Klang dan Kuala Langat merekodkan jumlah aduan tertinggi.

Penemuan daripada kaji selidik itu akan dimuktamadkan dan diumumkan selepas persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang, yang dijangka berlangsung pada Julai.

Selcat akan menyemak dan mengkelaskan aduan diterima sebelum berhubung dengan Invest Selangor Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi hala tuju.

“Kita akan putuskan sama ada perlu mengadakan pendengaran terbuka atau tidak. Jika perlu, kita akan panggil pegawai-pegawai berkaitan untuk memberikan penjelasan,” kata Weng San.

Selain itu, beliau yang juga speaker DNS berkata Selangor bakal meneliti isu mitigasi banjir, khususnya di Klang berikutan banyak kawasan perindustrian yang berpotensi terjejas.

Pada 28 Mac, Selcat memulakan kaji selidik isu infrastruktur bagi mengumpul maklum balas pihak berkepentingan sekali gus membantu negeri menangani cabaran dengan lebih berkesan.

Beliau turut menggesa pemain industri, terutamanya persatuan supaya mengambil peluang untuk membangkitkan isu infrastruktur yang lama dihadapi ahli mereka.

Borang kaji selidik boleh diakses menerusi portal DNS atau melalui pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdXYxdtJKEveTaunuuiIVhuq-fQYAooxWZP4wFU1nAj8iMjsg/viewform

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619