AGENSI

Sultan Selangor sifatkan Tun Abdullah sebagai negarawan berdedikasi

15 Apr 2025, 4:22 AM
Sultan Selangor sifatkan Tun Abdullah sebagai negarawan berdedikasi
Sultan Selangor sifatkan Tun Abdullah sebagai negarawan berdedikasi
Sultan Selangor sifatkan Tun Abdullah sebagai negarawan berdedikasi

SHAH ALAM, 15 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menzahirkan dukacita terhadap pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham, khususnya balu Tun Jeanne Abdullah.

[caption id="attachment_696765" align="aligncenter" width="654"] Gambar kenangan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikongsi menerusi Facebook Selangor Royal Office pada 15 April 2025.[/caption]

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tuanku Sultan menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah sebagai seorang negarawan yang berdedikasi dan sentiasa tenang.

“DYMM Tuanku Sultan mengenali Allahyarham Tun Abdullah sejak lewat tahun 1960-an dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang amat mementingkan kesejahteraan rakyat.

“Didoakan agar roh Allahyarham Tun Abdullah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” titah Baginda.

Dalam pada itu, susulan jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum ini turut mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) pada 1992 dan Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) pada 2000 kepada beliau.

[caption id="attachment_696758" align="aligncenter" width="643"] Jenazah Perdana Menteri ke-5 Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa masuk ke dewan solat utama Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 15 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tun Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dan ia disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, melalui hantaran di Instagram semalam.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke IJN pada 3 pagi semalam dan jenazah sudah dibawa ke kediaman Allahyarham, Bait Badawi, yang terletak berhampiran Carcosa Seri Negara.

Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan selepas Zuhur.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619