SHAH ALAM, 14 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) memaklumkan hampir 90 peratus pembersihan landskap dan infrastruktur di dua kawasan perumahan terjejas diselesaikan dalam tempoh 12 hari.
Manakala mangsa kebakaran gas di Putra Heights boleh melanjutkan tempoh sewaan sehingga lima tahun menerusi skim Smart Sewa, kata EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah.
Berikut antara rangkuman laporan berita pada Isnin:
1. PPS ditutup: Khidmat van Rapid KL ditamatkan, lebih 1,100 orang dibantu
Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand percuma yang disediakan untuk mangsa insiden kebakaran paip gas ditamatkan semalam berikutan penutupan pusat penempatan sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights. https://selangorkini.my/2025/04/pps-ditutup-khidmat-van-rapid-kl-ditamatkan-lebih-1100-orang-dibantu/
2. Kerja pembersihan dua kawasan perumahan dijangka siap minggu ini
Hampir 90 peratus kerja pembersihan landskap dan infrastruktur di dua kawasan perumahan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas berjaya diselesaikan dalam tempoh 12 hari.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Datuk Ramli Mohd Tahir berkata ia termasuk pembersihan barangan rumah yang rosak dan dibuang penduduk di kedua-dua Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gas-kerja-pembersihan-dua-kawasan-perumahan-dijangka-siap-minggu-ini/
3. Mangsa boleh tinggal bawah skim Smart Sewa hingga lima tahun
Mangsa kebakaran boleh melanjutkan tempoh sewaan sehingga lima tahun menerusi skim Smart Sewa, kata EXCO perumahan.
Datuk Borhan Aman Shah berkata penyewa di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang itu juga layak ditawarkan unit rumah Selangorku jika berminat. https://selangorkini.my/2025/04/mangsa-putra-heights-boleh-tinggal-bawah-skim-smart-sewa-hingga-lima-tahun/
4. Kaunter tawaran rumah sewa dibuka di Masjid Putra Heights
Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) membuka kaunter tawaran rumah sewa sementara kepada mangsa kebakaran.
EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata kaunter bagi tujuan pendaftaran itu dibuka bemula hari ini sehingga Rabu bagi kemudahan mangsa selain menyampaikan maklumat terkini. https://selangorkini.my/2025/04/exco-lphs-buka-kaunter-tawaran-rumah-sewa-di-masjid-putra-heights/
5. Hanya 200m dari lokasi kebakaran, mangsa syukur rumah tidak hangus
Seorang penduduk Putra Heights tidak menyangka rumahnya masih elok, meskipun terletak hanya 200 meter dari lokasi kebakaran saluran paip gas.
Robiah Arbari, 65, berkata tindakan pantas anaknya menyiram rumah dengan air berjaya menyelamatkan struktur kediaman yang dibina atas tanah pusaka arwah bapanya itu. https://selangorkini.my/2025/04/hanya-200m-dari-lokasi-kebakaran-mangsa-syukur-rumah-tidak-hangus/