AGENDA

Harga kawalan maksimum benih padi diselaras RM52 dan RM56 sekampit di Semenanjung

14 Apr 2025, 7:23 AM
Harga kawalan maksimum benih padi diselaras RM52 dan RM56 sekampit di Semenanjung

PUTRAJAYA, 14 APRIL: Harga kawalan maksimum bagi benih padi sah (BPS) di bawah Insentif Benih Padi Sah akan diselaraskan kepada RM52 di peringkat borong dan RM56 bagi runcit per kampit 20 kilogram (kg) di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa esok.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan sebelum ini harga kawalan maksimum BPS di peringkat borong ialah RM54 manakala RM58 bagi runcit per kampit 20 kg.

"Penyelarasan harga kawalan maksimum bagi BPS di peringkat borong dan runcit dilaksanakan melalui sesi libat urus yang diadakan bersama pesawah dan pengeluar setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya kos pengeluaran BPS dan penyelarasan harga lantai belian padi.

"Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha KPKM untuk menjaga kebajikan pesawah agar mereka mendapat benih padi yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan serta memastikan ketersediaan bekalan BPS yang berterusan di pasaran untuk keseimbangan ekosistem industri padi dan beras negara," menurut kenyataan itu hari ini.

KPKM memaklumkan semua pemborong dan peruncit BPS diarah menyelaras harga BPS di peringkat jualan masing-masing.

Menurut kenyataan itu tindakan pembatalan lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) akan diambil terhadap pihak yang memanipulasi bekalan dan harga BPS seperti enggan menjual, menyorok bekalan serta mengenakan syarat pembelian atau menjual melebihi harga kawalan maksimum.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619