AGENDA

Kastam tumpas cubaan seludup ganja lebih RM20 juta ke Eropah

14 Apr 2025, 5:15 AM
Kastam tumpas cubaan seludup ganja lebih RM20 juta ke Eropah

SEPANG, 14 APRIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja dengan anggaran berat 210 kilogram bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas satu dagangan di sebuah pengendali terminal kargo udara yang beroperasi di kawasan berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam bungkusan produk makanan ringan serta makanan haiwan peliharaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Dadah itu dipercayai cuba diseludup dari sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia sebelum dihantar ke destinasi terakhir di Eropah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Taufik berkata tiada penahanan dibuat susulan rampasan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619